Sunday, 14 August 2011

Hati-hati masa memancing...

Hari ni memang sejarah; Inilah yang terjadi bila dah salah teknik, tak pasal-pasal dapat penyakit.Tapi trip ni memang best; rupa-rupanya ada GT di Kuala Pandaruan.(Tapi ikan terlepas masa nak bawa masuk dalam bot) Tunggu lepas raya,memang nak kena teroka lagi.


Kesan disengat pari, walaupun kecil tetap berbisa.Kebas jari-jari tangan,terpaksa pergi hospital dapatkan suntikan dan ubat penahan sakit.(Kesan sengatan dipangkal jari manis)

Thursday, 11 August 2011

Haruan



Gambar yang ni memang tak ada kena mengena dengan Limbang.Ikan ni aku casting di lombong kat kampung aku... hmmm,ntah bila lagi dapat balik.Ntah-ntah; signboard pun dah bertukar.


Ikan dan Ikhwan

Kisah ni saja untuk selingan... ni gambar lama.Tak silap aku tahun lepas masa aku dan Ikhwan memancing di Kuala Limbang.


Otek pun otek,janji ikan...hahaha

Pemburu Sepi

Assalamualaikum ;

Salam pengenalan buat semua teman-teman seperjuangan, setelah sekian lama; akhirnya Pemburu Sepi selamat dilancarkan.Walaupun agak terlewat namun angan-angan telah menjadi kenyataan.

Setelah aku mencari dan membaca pelbagai blog dari pelbagai bloggers,namun tiada satu pun blog yang mengisahkan pemancing disungai Limbang.Oleh itu adalah menjadi hasrat diri ku ini untuk cuba menghasilkan satu kisah pemancing di sungai Limbang.Insyaallah.

Sempena Ramadan yang mulia ini,aku mengucapkan selamat berpuasa dan selamat memancing.