Sunday 8 January 2012

PERGI DAN TAK AKAN KEMBALI

Selamat tinggal Pemburu Sepi...

Selamat tinggal 2011 & selamat tinggal Limbang.

Tahun 2012 akan bermulanya epilog baru.Tiada lagi berita di kawasan Limbang,Sarawak.Tiada lagi penjelajahan di Teluk Brunei... Pemburu Sepi telah pergi dan tidak akan kembali lagi.Walaupun cuma ada sekelumit kesempatan untuk belayar,walau belum puas meneroka persekitaran.Tetapi,itulah realiti.

Bermula tanggal Mac,inyaallah dalam tahun 2012.Pemburu Sepi akan memulakan pelayaran dan epilog baru di Semenanjung Tanah Melayu.Sama-samalah kita nantikan pelayaran Pemburu Sepi disana nanti.Dimana pun Pemburu Sepi berada... pelayaran tetap diteruskan.Penjelajahan tetap dilaksanakan.

Dimana ada air ~ Disitu aku belayar.

Sunday 23 October 2011

Ronda-ronda Kuala Limbang

Trip yang 'kumpau'.Memang hampeh... 5 jam aku menunda di kuala tapi hampa.
Salah aku juga,tak membaca jadual pasang surut...main redah jek,mana tak hampa.
Kepastiannya...bot aku memang jimat minyak.5 jam merempit... masih berbaki suku tangki.Cuma yang nak kena tahan, banyak ombak 3 beradik dari penambang 200HP.

Mana aku nak cari 'fish finder'... apa yg ada kat dasar?langsung x menyangkut.Bot aku kandas beting ada la.
Gewang selam dalam 2-3 meter pun tak mencecah dasar.Berapa dalam alur  di kuala?

PERINGATAN ;
1. Tengok jadual pasang surut sebelum keluar.
2. Sediakan 'fish finder'~ akan datang.
3. Bawa air minum extra.
4. Jangan leka.. 200HP banyak melintas.

Thursday 13 October 2011

Pertama Kali...

Inilah buat pertama kalinya aku membawa Taufiq menaiki bot.Memang budak ni amat teruja, tapi yang tak seronoknya... belum sampai sejam dah ajak balik.

Sunday 14 August 2011

Hati-hati masa memancing...

Hari ni memang sejarah; Inilah yang terjadi bila dah salah teknik, tak pasal-pasal dapat penyakit.Tapi trip ni memang best; rupa-rupanya ada GT di Kuala Pandaruan.(Tapi ikan terlepas masa nak bawa masuk dalam bot) Tunggu lepas raya,memang nak kena teroka lagi.


Kesan disengat pari, walaupun kecil tetap berbisa.Kebas jari-jari tangan,terpaksa pergi hospital dapatkan suntikan dan ubat penahan sakit.(Kesan sengatan dipangkal jari manis)

Thursday 11 August 2011

Haruan



Gambar yang ni memang tak ada kena mengena dengan Limbang.Ikan ni aku casting di lombong kat kampung aku... hmmm,ntah bila lagi dapat balik.Ntah-ntah; signboard pun dah bertukar.


Ikan dan Ikhwan

Kisah ni saja untuk selingan... ni gambar lama.Tak silap aku tahun lepas masa aku dan Ikhwan memancing di Kuala Limbang.


Otek pun otek,janji ikan...hahaha

Pemburu Sepi

Assalamualaikum ;

Salam pengenalan buat semua teman-teman seperjuangan, setelah sekian lama; akhirnya Pemburu Sepi selamat dilancarkan.Walaupun agak terlewat namun angan-angan telah menjadi kenyataan.

Setelah aku mencari dan membaca pelbagai blog dari pelbagai bloggers,namun tiada satu pun blog yang mengisahkan pemancing disungai Limbang.Oleh itu adalah menjadi hasrat diri ku ini untuk cuba menghasilkan satu kisah pemancing di sungai Limbang.Insyaallah.

Sempena Ramadan yang mulia ini,aku mengucapkan selamat berpuasa dan selamat memancing.